SIAPA sangka wanita yang berusia 39 tahun ini adalah usahawan bumiputera pertama yang mengusahakan perniagaan sport rim kereta yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki dan bangsa lain. Pemilik syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd., iaitu Siti Mariam Abdullah kini boleh berbangga apabila kedudukannya kini setanding dengan bangsa lain yang mengusahakan perniagaan yang sama. Katanya, memang sukar untuk memulakan perniagaan yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki itu tetapi berpegang kepada prinsip ingin berjaya dan kaum wanita juga boleh maju ia menjadi pembakar semangatnya.
"Sport rim kereta yang diusahakan oleh kilang saya di Sungai Petani ini menjadi pembekal kepada syarikat Naza dan Proton, sekarang kami ingin meluaskan pasaran lagi kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pembekal di pasaran terbuka," ujarnya ketika di temui Kosmo! di Pendang semalam. Syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd. adalah antara syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Silatulrahim dan Expo Perdagangan 2008 (Karsep) di Stadium Mini, Pendang yang bermula 18 hingga 20 Disember ini.
Tambah Siti Mariam, platform di Karsep diharap dapat membuka jalan dan dijadikan strategi pemasaran untuk mencari pembekal rim syarikatnya di pasaran terbuka tempatan. "Target saya adalah untuk melihat kereta nasional atau kereta import memakai rim tempatan yang diusahakan oleh bangsa kita sendiri. "Kualiti syarikat kami tidak kurang hebatnya dengan rim yang diimport dari China dan Eropah," jelasnya. Kata beliau, apa yang ditawarkan oleh syarikatnya sudah tentu rim yang jauh lebih murah daripada yang diimport di samping menjaga kualiti dari segi ketahanannya. "Rim bersaiz 14 dijual dengan harga serendah RM400 sehingga saiz 16 dengan harga RM1,000. Rim kami juga mendapat kelulusan spefikasi dari Jerman dan menerima sijil TUV Jerman yang tidak diperolehi oleh syarikat lain," ujarnya.
Perniagaan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2005 itu kini telah berjaya mengeluarkan sebanyak 26 ribu rim sebulan dan ia turut diimport ke pasaran Eropah seperti Jerman. Selain itu di Karsep seorang lagi usahawan wanita yang tidak kurang hebatnya tetapi di bidang yang berlainan adalah Wan Norizan Wan Ahmad, 37, yang mengusahakan makanan sejuk beku, kuih muih dan kek.
Beliau yang berasal dari Kobah, Pendang itu bermula perniagaan kecil kecilan dengan membuat baulu dan maruku lapan tahun lalu untuk dijual di kedai-kedai makan. Kini beliau telah mempunyai bengkel sendiri dan telah menggaji tiga pekerja untuk membantunya membuat tempahan makanan berkenaan. "Saya mula berniaga ni dengan modal RM200 sahaja lepas tu buat pusingan modal sedikit demi sedikit untuk buka bengkel menerima tempahan makanan.
"Saya tidak pernah pinjam duit dari mana-mana badan sebaliknya hanya guna pusingan modal ini sahaja," jelas ibu kepada lapan orang anak ini. Makanan sejuk beku yang diusahakannya adalah seperti pau kering, karipap pusing, cucur badak, cucur kacang dan menerima tempahan kuih raya dan kuih tradisional dan moden. "Saya di Karsep ini untuk mencari pasaran baru supaya orang ramai dapat lihat produk saya dan jika ada yang sudi untuk menempah itu sudah memadai," Karsep yang dianjurkan bersama Pasaraya Pendang Sdn. Bhd. dan Jentayu Communication & Event sempena sambu- tan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Seramai 760 peserta yang terdiri daripada syarikat korporat, industri kecil dan sederhana, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peniaga-peniaga kecil akan mempamer dan menjual produk masing- masing di 108 buah gerai yang disediakan. Karnival tersebut yang berkonsepkan Nostalgia Village akan menampilkan kehidupan dan suasana Melayu dari segi makanan, pakaian dan permainan yang juga dijangka dapat menarik perhatian para pengunjung.

Rujukan : http://usahawan-jaya.blogspot.com/2009/01/perniagaan-rim-kereta.html