Monday 21 November 2011

PRODUK MAKANAN - Johnny SC Tan

Berita Minggu, Ahad 20 November 2011

Johnny SC Tan (Usahawan Produk Makanan)
Pemilik Syarikat Happy Alliance (M) Sdn Bhd


Leia Mais…

Tuesday 15 November 2011

PERABOT JATI - Zawati Ibrahim

MAJALAH WANITA, NOVEMBER 2011

Pn. Zawati bt Ibrahim (Usahawan Perabot)
Pengarah Urusan Jatimas Asia (M) Sdn Bhd (Produk Perabot jati)



Leia Mais…

KECANTIKAN - Simon Ooi

MAJALAH WANITA, NOVEMBER 2011

En Simon Ooi (Usahawan Kecantikan dan Pelansingan)
Pengarah Urusan Mary Chia (Pusat Kecantikan dan Pelansingan Badan)



Leia Mais…

Monday 14 November 2011

PRODUK HARIAN - Islah Ibrahim

MAJALAH WANITA, APRIL 2010

En. Islah bin Ibrahim (Usahawan Produk Kegunaan Harian)
Pemilik Rahsia Alam Sdn Bhd 



Leia Mais…

PRODUK KESIHATAN - Dr. Edward Choo

MAJALAH WANITA, OGOS 2010

Dr. Edward Choo (Usahawan Produk Kesihatan)
Naib President Kumpulan Pemasaran di Nature Environtment Product Sdn Bhd
(Produk sistem penapis air DIAMOND)

Leia Mais…

E-FRANCAIS - Mustakim Johari

MAJALAH WANITA, DECEMBER 2010

En. Mustakim bin Johari (Usahawan E-Francais)

Leia Mais…

PRODUK MAKANAN - Jamilah Abu Bakar

MAJALAH WANITA, MEI 2011

Hajah Jamilah bt Abu Bakar (Usahawan Makanan)
Pengasas JM Bariani House



Leia Mais…

TEKSTIL - Jaslen Kaur

MAJALAH WANITA, APRIL 2010

Pn. Jaslen Kaur (Usahawan Tekstil)
Pengarah Eksekutif Kumpulan EUROMODA)

 


Leia Mais…

PRODUK KESIHATAN - Abdul Manan

 
MAJALAH WANITA, JUN 2010

En. Abdul Manan bin Hj Moin (Usahawan Produk Kesihatan)
Pemilik Crystal Liz Resource

Leia Mais…

PRODUK KOSMETIK - Norlina Sharkhan

MAJALAH WANITA , APRIL 2010

Pn.Norlina bt Sharkhan (Usahawan Kosmetik)
Pengasas dan pengusaha produk kecantikan  bumiputera, VN KOSMETIK




Leia Mais…

USAHAWAN GRADUAN CENDAWAN - Rusila Yusof

Fatisha Agro Farm
Lot 4594 Kampung Pengkalan Pandan Luar,
24000 Chukai, Kemaman,
Terengganu.

Emel: fatisha_agrofarm@yahoo.com

Biodata Pengurus

Nama :Rusila Yusof

Lahir pada 21 Jun 1981

Negeri Kelahiran: Terengganu

Latarbelakang Akademik: Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.

Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.

Lain-lain:

  • Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu di bawah anjuran TPU, UPM
  • Mengikuti Kursus Skim Usahawan Komersial Tani Siswazah di bawah anjuran BPM
  • Mengikuti Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu Anjuran Duriopark Agro Trading

Pengalaman:
  • Dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai panel di dalam Seminar Siswazah Tani Nasional 2008
  • Penceramah bagi kursus penanaman cendawan anjuran Kolej Komuniti Hulu Langat, Koleh Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.
  • Menjadi penceramah jemputan bagi kursus penanaman cendawan yang dianjurkan oleh pihak swasta yang lain.
  • Penulis buku Buat Duit Dengan Cendawan terbitan PTS Publication.

Rujukan : http://siswazah-tani.blogspot.com/2007/02/profile-saya.html

Leia Mais…

USAHAWAN GRADUAN POKOK HIASAN - Jamaluddin

JAMALUDDIN Abdul Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya di hadapan banglonya di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.

BALING – Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah. Bagaimanapun permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal. Beliau kemudian memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya. Malu dengan keadaan dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah, Jamaluddin sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan menoreh getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah. Setelah lima tahun `menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan menggunakan kelulusannya itu.

Sebaliknya, Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya. Beliau bukan sahaja menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan, sekolah dan swasta. Hasil titik peluhnya mengusahakan tapak semaian yang dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu, Jamaluddin yang pernah menyertai Skim Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan menganggur pada 1986, dapat membina sebuah banglo. Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata. “Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini. Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai.

Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata. “Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya. Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu.

Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan. Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri. “Saya semakin seronok apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi. Bagaimanapun katanya, skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah, sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.

Rujukan : http://harizamrry.com/2007/11/siswazah-menganggur-5-tahun-jadi-usahawan-tani-berjaya/

Leia Mais…

USAHAWAN GRADUAN RIM KERETA - Siti Mariam

SITI MARIAM ABDULLAH (lima dari kiri) bersama kakitangannya menunjukkan rim kereta yang dijual di Karnival Silaturahim dan Expo Perdagangan 2008 (KARSEP 08) di Stadium Mini Pendang baru-baru ini.

SIAPA sangka wanita yang berusia 39 tahun ini adalah usahawan bumiputera pertama yang mengusahakan perniagaan sport rim kereta yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki dan bangsa lain. Pemilik syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd., iaitu Siti Mariam Abdullah kini boleh berbangga apabila kedudukannya kini setanding dengan bangsa lain yang mengusahakan perniagaan yang sama. Katanya, memang sukar untuk memulakan perniagaan yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki itu tetapi berpegang kepada prinsip ingin berjaya dan kaum wanita juga boleh maju ia menjadi pembakar semangatnya.

"Sport rim kereta yang diusahakan oleh kilang saya di Sungai Petani ini menjadi pembekal kepada syarikat Naza dan Proton, sekarang kami ingin meluaskan pasaran lagi kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pembekal di pasaran terbuka," ujarnya ketika di temui Kosmo! di Pendang semalam.
Syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd. adalah antara syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Silatulrahim dan Expo Perdagangan 2008 (Karsep) di Stadium Mini, Pendang yang bermula 18 hingga 20 Disember ini.

Tambah Siti Mariam, platform di Karsep diharap dapat membuka jalan dan dijadikan strategi pemasaran untuk mencari pembekal rim syarikatnya di pasaran terbuka tempatan.
"Target saya adalah untuk melihat kereta nasional atau kereta import memakai rim tempatan yang diusahakan oleh bangsa kita sendiri. "Kualiti syarikat kami tidak kurang hebatnya dengan rim yang diimport dari China dan Eropah," jelasnya. Kata beliau, apa yang ditawarkan oleh syarikatnya sudah tentu rim yang jauh lebih murah daripada yang diimport di samping menjaga kualiti dari segi ketahanannya. "Rim bersaiz 14 dijual dengan harga serendah RM400 sehingga saiz 16 dengan harga RM1,000. Rim kami juga mendapat kelulusan spefikasi dari Jerman dan menerima sijil TUV Jerman yang tidak diperolehi oleh syarikat lain," ujarnya.

Perniagaan berkenaan yang diusahakan sejak tahun 2005 itu kini telah berjaya mengeluarkan sebanyak 26 ribu rim sebulan dan ia turut diimport ke pasaran Eropah seperti Jerman.
Selain itu di Karsep seorang lagi usahawan wanita yang tidak kurang hebatnya tetapi di bidang yang berlainan adalah Wan Norizan Wan Ahmad, 37, yang mengusahakan makanan sejuk beku, kuih muih dan kek.

Beliau yang berasal dari Kobah, Pendang itu bermula perniagaan kecil kecilan dengan membuat baulu dan maruku lapan tahun lalu untuk dijual di kedai-kedai makan.
Kini beliau telah mempunyai bengkel sendiri dan telah menggaji tiga pekerja untuk membantunya membuat tempahan makanan berkenaan. "Saya mula berniaga ni dengan modal RM200 sahaja lepas tu buat pusingan modal sedikit demi sedikit untuk buka bengkel menerima tempahan makanan.

"Saya tidak pernah pinjam duit dari mana-mana badan sebaliknya hanya guna pusingan modal ini sahaja," jelas ibu kepada lapan orang anak ini.
Makanan sejuk beku yang diusahakannya adalah seperti pau kering, karipap pusing, cucur badak, cucur kacang dan menerima tempahan kuih raya dan kuih tradisional dan moden. "Saya di Karsep ini untuk mencari pasaran baru supaya orang ramai dapat lihat produk saya dan jika ada yang sudi untuk menempah itu sudah memadai," Karsep yang dianjurkan bersama Pasaraya Pendang Sdn. Bhd. dan Jentayu Communication & Event sempena sambu- tan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Seramai 760 peserta yang terdiri daripada syarikat korporat, industri kecil dan sederhana, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta peniaga-peniaga kecil akan mempamer dan menjual produk masing- masing di 108 buah gerai yang disediakan.
Karnival tersebut yang berkonsepkan Nostalgia Village akan menampilkan kehidupan dan suasana Melayu dari segi makanan, pakaian dan permainan yang juga dijangka dapat menarik perhatian para pengunjung.
 
Rujukan : http://usahawan-jaya.blogspot.com/2009/01/perniagaan-rim-kereta.html

Leia Mais…

USAHAWAN GRADUAN MAKANAN FROZEN - Harfirdaus

Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah. Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan, sedangkan  ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik. Justeru, `haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan. “Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini. Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan. Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung. Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing. Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka. “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus. Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor. Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak. Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih. Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti. Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan. Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti. Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah. Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.

Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit. Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya, Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri. Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.


* Alamat: Perfect Fresh and Frozen, No 15, Jalan Impian Murni 1/5, Saujana Impian, 43300 Kajang, Selangor               
* Telefon : 012-2686845

 Rujukan : http://www.usahawantani.com/search/label/berita

Leia Mais…

USAHAWAN GRADUAN IKAN KELISA - Mohd Zalalnudin

Sebagai seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana. Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah. Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan. Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya. Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya. "Dulu saya hanya bela ikan ini di rumah dan saya ada tujuh akuarium di rumah untuk mengisi ikan-ikan ini. "Namun pada tahun 2005 saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai seorang saintis kerana mahu melibatkan diri secara serius dalam perniagaan menjual ikan kelisa," katanya.
   
Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu. "Selain orang Cina, orang Melayu juga menunjukkan minat terhadap ikan ini dan sanggup membelinya walaupun pada harga yang mahal. "Mereka yang datang ke kedai ini sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata mahu melihat kecantikan dan kelicikan ikan kelisa," katanya. Menyentuh penjagaan ikan kelisa, beliau memberitahu, tidak susah untuk membelanya tetapi perlu memastikan air yang digunakan dicampurkan dengan ubat antiklorin. "Antiklorin perlu dicampurkan mengikut sukatan yang ditetapkan selain memberi makanan kepada ikan mengikut waktu.
 
MOHD. ZALALNUDIN menunjukkan buku berkaitan ikan kelisa kepada pelanggan di kedainya, Star Arowana, di Jalan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
 
 
"Ikan ini kebiasaannya makan sejenis ulat yang banyak dijual di pasaran. Lipas dan cengkerik juga boleh diberi tapi lebih baik beli sahaja di pasaran kerana ditakuti serangga ini membawa racun dan mati jika memakannya," katanya. Jelasnya, bagi memenuhi permintaan ikan kelisa di kedainya itu, beliau telah membeli dua buah kolam ikan kelisa di Bukit Merah, Perak. "Kebanyakan ikan-ikan yang ada di kedai di bawa dari sana dan kita akan pilih ikan-ikan terbaik sebelum dipamerkan di kedai bagi menarik minat orang ramai," katanya. Di kedainya terdapat lebih 200 ekor ikan kelisa pelbagai variasi seperti Malaysia Gold Cross Back Golden Arowana, Malaysia Super Red Arowana, Indonesia Chili Red dan sebagainya. Lebih istimewa, harga ikan kelisa semakin meningkat jika ikan itu kian membesar. "Bagi saya ikan ini memang membawa tuah kepada pemiliknya. "Ikan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui cara-cara penjagaan ikan kelisa mereka boleh datang terus ke kedai saya," katanya. Bagi mereka yang ingin melihat ikan-ikan yang dijual di kedai Mohd. Zalalnudin, kedainya itu terletak di Star Arowana World di Jalan Seberang Perak, Alor Setar.

Leia Mais…